Wednesday, April 30, 2008

Surat Permohonan Untuk Sebarang Tuntutan Bayaran (Insurans, Yuran dan lain-lain)

Berhubung perkara di atas, Pejabat MARA Frankfurt/Main (FfM) ingin memaklumkan
kepada semua pelajar-pelajar MARA Jerman, bahawa MARA KL telah mengeluarkan arahan
supaya setiap tuntutan pelajar untuk bayaran insurans, yuran dan sebagainya MESTI
disertakan sekali dengan surat rasmi permohonan tersebut oleh pemohon yakni pelajar sendiri.
Walau bagaimanapun surat tersebut TIDAK perlu ditulis oleh setiap pelajar, sekiranya
permohonan tersebut terkumpul daripada mana-mana bandar.

Contoh:- Bandar *****berg telah mengumpul X dokumen-dokumen untuk menuntut bayaran
insurans TK/AOK daripada MARA untuk tahun 2007 – Hanya Ketua/Wakil Bandar
*****berg SAHAJA yang perlu menulis surat rasmi permohonan tersebut, dengan
menyatakan sekali nama-nama X pemohon tuntutan dari bandarnya.

Format (contoh) surat rasmi tersebut ada pada saudara Mohd. Toher Kenapiah dari FfM untuk
diedarkan kepada setiap Ketua/Wakil Bandar.

Jika seseorang pelajar ingin membuat tuntutan untuk diri sendiri sahaja pada masa-masa
tertentu, adalah digalakkan untuk merujuk contoh tersebut daripada Ketua/Wakil Bandar
masing-masing sebelum menulis mengikut kesesuaian situasi diri sendiri.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,
Mohamad Hafiz Jaafar,
Setiausaha Agung MARA Kumpel 2008.

2 comments:

Anonymous said...

apekehei mengado sgt Mara HQ ni?

Anonymous said...

Hafiz Jaafar - aku nk bilang awal2...ini kehendak orang bahagian akaun/kwangan...ni la realitinya. 2007,aku sendiri pernah claim secara personal,gi HQ sndiri...aku disuroh wat surat permohonan rasmi, kat situ jugak, hatta dgn tulisan tangan sndiri atas kertas A4 kosong. diorg mmg sbenarnya dh ada polisi gitu - hendakkan statement yg pemohon itu sendiri buat. selama ni kite hantar dokumen2 claim ke KL tu, semua dh ada surat rasmi aka memo drpd En.Ruzlan kpd MARA HQ, bile smpai bhgn penganjuran, ok aje - cuma skang nmpaknya org kewangan la yg demand statement yg lebih 'direct'd.h. drpd pemohon sendiri.

kawan2, aku mintak bersabar aje la. duit rakyat pun...kite terkejar2 nk claim ni...bertmbah jugak sbenarnya loan kite bile duit claim tu lulus, ye tak? mmg aku fhm psl kite pun nk duit tu balik utk bayar yuran wintersem dpan lak....lg nk tiket balik cuti sommer lg.