Monday, June 23, 2008

Al-Fatihah

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat bapa salah seorang daripada rakan kita yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amiin.

Dan marilah kita doakan supaya rakan kita ini tabah menghadapi ujian tersebut.

p/s: Kalau ada bandar-bandar yang buat majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena peperiksaan bolehlah buat majlis tahlil arwah sekali. (Nama Arwah: Mat Noor Awang kechil). Terima kasih. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa baik anda.

Thursday, June 5, 2008

Majlis Graduasi Pelajar 2008

Assalamualaikum,

semua pelajar di jemput untuk menghadiri majlis ini yang akan di adakan pada hari selasa, 17 Jun 2008 bertempat di Bayerischen Staatsministerium für Wissenschaft, Forschung und Kunst, München (U-Bahn-Haltestelle Odeonsplatz) . Tiket Bayern akan di bayar oleh pihak InWent.

Jom meriahkan majlis ini.

*Apa-apa perubahan atau pertambahan maklumat akan diberitahu kelak.

*Pembetulan: Pihak InWent baru memberitahu bahawa hanya pelajar yg di berikan surat jemputan boleh menghadiri majlis tersebut.