Sunday, May 25, 2008

Grill Rosenheim 2008 *Updated*

*hanya untuk tatapan bukan santapan


Maklumat mengenai majlis:


Tarikh :31 Mei 2008

Tempat : A - Bahnhof
B
- Tempat Grill


Pengangkutan
: Bus Linie 4/11 ke Stadtmitte, kemudian dari Stadtmitte ambil Bus Linie 6, turun di hentian Klinikum.

Waktu : 10.30 pagi

Menu :Ayam Panggang BBQ, bihun goreng, salad, buah-buahan, pencuci mulut

Semua dijemput hadir kerana pelbagai keseronokan akan dinikmati bersama.

*Jika ada sebarang kesulitan pada hari Grill, sila hubungi pelajar-pelajar Rosenheim.

*Update 2.6.2008 oleh pelajar Rosen:

Link-link gambar majlis:

Gambar Riki
Gambar Riced
Gambar Sap

Monday, May 19, 2008

Balasungkawa

Al-Fatihah buat rakan A-Level kita Hafiz Khairi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19hb Mei dalam sebuah kemalangan jalan raya. Maafkanlah sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya terhadap kita sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jikalau ada hutang yang belum dilangsaikan atau barang pinjaman yang belum dipulangkan harap dihalalkan. Semoga rohnya mendapat ketenangan dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.


Sebagai muslim yang masih hidup ambillah pengajaran daripada pemergian beliau. Sesungguhnya ajal itu tidak mengenal erti tua atau pun muda. Justeru sentiasalah kita bertaubat dan membuat persediaan dari segi iman dan amal kita sebelum kita dipanggil menghadap-Nya. Jika ada amal kebaikan yang ingin dilakukan dan amal keburukan yang ingin ditinggalkan janganlah ditangguhkan. Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik di dunia dan kejayaan yang berkekalan di akhirat. Amiin.

Thursday, May 8, 2008

Duit MARA-Kumpel

Salam,

sesiapa yang belum membayar duit mara kumpel tetapi ingin berbuat demikian boleh membayar terus kepada bendahari saudari Intan Adilah Binti Abdul Hakim.

Kontoinhaber : Intan Adilah Binti Abdul Hakim
Kontonummer :
5157342
BLZ : 76070024
Verwendungszweck : Nama Penuh, Duit Mara Kumpel, Nama Bandar

Duit tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti yang dirancang iaitu BBQ Rosenheim dan Majlis Raya. Tidak ada paksaan untuk membayar. Sesiapa yang rasa nak turut serta dengan aktiviti tersebut sila bayar. Sesiapa yang tak nak, jangan hadirkan diri supaya adil kepada mereka yang bayar.


Ahmad Safwan Bin Mohd Ghazi
Presiden Mara Kumpel

p/s : bayaran ini dikecualikan kepada sesiapa yang membayar duit mgss dan yang akan tamat belajar sebelum majlis raya.