Wednesday, April 30, 2008

BBQ MARA Kumpel Frankfurt dan Friedberg 2008

BBQ anjuran bersama Frankfurt & Friedberg akan berlangsung mengikut maklumat-maklumat
di bawah ini:-

Tarikh dan Hari :- 3 Mei 2008, Sabtu
Jam:- Dari 1300 sehingga 1800.
Tempat:- Rebstockbad, Frankfurt/Main

BAYARAN

Ahli-ahli MARA Kumpel TIDAK perlu membayar apa-apa untuk BBQ ini, kerana
peruntukan datang daripada dana MARA Kumpel.

Tetapi untuk BUKAN ahli MARA Kumpel yang akan datang bersama, diminta untuk
menyumbang sedikit dengan bayaran sebanyak 5,00 € sahaja.

Bayaran tersebut diharap agar disalurkan melalui transaksi bank secara Internet.
Butir-butir akaun bank yang perlu dikreditkan oleh peserta-peserta BUKAN ahli MARA
Kumpel:-

Kontoinhaber:- Jaafar, Mohamad Hafiz
Kontonr. :- 7715899
BLZ:- 50070024
Bank:- Deutsche Bank Frankfurt
Verwendungszweck:- BBQ -

PENGANGKUTAN

Berikut adalah pilihan-pilihan pengangkutan untuk para peserta BBQ yang akan mula
bergerak dari Frankfurt/Main Hbf:-

Pilihan 1
Jam 1311:- FfM (Hbf) – U-Bahn U4 Richtung Bockenheime Warte
hingga stesen FfM Festhalle/Messe jam 1312
Jam 1318:- FfM Festhalle/Messe – Tram 17 Richtung: FfM Rebstockbad
Hingga stesen FfM Rebstockbad jam 1330

Pilihan 2
Jam 1319:- FfM (Hbf) – U-Bahn U4 Richtung Bockenheime Warte
hingga stesen FfM Festhalle/Messe jam 1320
Jam 1328:- FfM Festhalle/Messe – Tram 17 Richtung: FfM Rebstockbad
Hingga stesen FfM Rebstockbad jam 1340

Untuk perancangan yang lebih sesuai dengan keadaan diri sendiri, anda digalakkan untuk
merujuk kepada laman web berikut:-
http://www.rmv.de/auskunft/bin/jp/query.exe/dn?L=vs_rmv&
dan taip pada ruangan von – Frankfurt (Main) Hauptbahnhof
dan pada ruangan nach – Frankfurt (Main) Rebstockbad.

Pelan perjalanan akan terpampang bersesuaian dengan masa pilihan anda.
2 orang akan menunggu di stesen Rebstockbad untuk membimbing anda sekalian ke tempat
BBQ.

/* Diharap semua orang merujuk semula Blogspot ini pada hari Jumaat 2 Mei 2008, jikalau
mungkin berlaku apa-apa perubahan. */

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Mohamad Hafiz Jaafar,
Penganjur Bersama BBQ MARA Kumpel Frankfurt dan Friedberg 2008

6 comments:

abd said...

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,

Best gila majlis!!!!!!!!! Terima kasih organizer!

Allah knows best.

-abd sani-

Anonymous said...

best2 lookin forward to bbq rosenheim

Anonymous said...

terima kasih kpd penganjur. Semua berjalan lancar.

Blüchende Seele said...

time kase kepade pengajur yg telah menjayakan majlis ini... n time kase kat yg datang memeriahkan majlis... mmg best!

Anonymous said...

terima kasih lh bebyk kpd mereka yg dtg ke grill frankfurt-friedberg sabtu aritu..
mmg best ah korg dtg ramai2...dr jauh2 lak tuh.. sori ah xcukup plak mknn nye..air pon same ah.

terima kasih jugee kpd yg gigih tlg ktorg prepare.. ade tlg angkot ayam ,ptg ayam ler, bawak sos megi extra hot siapp, tlg grill lg tuh (baju smp bau asap grill tuu)..tlg kemas kan tmpt grill pon ade...terharu gilee..

dan juge terima kasih kpd en ruzlan & isteri yg support bekalan air. byk lak tuu..mau nye tercekik2 lau xde air.

juge tq kpd tik syikin nira godi nori ami hamal radin fing ijosh.

sekian
-toher-

Anonymous said...

terima kasih kpd tukang2 amik gambar. ade jugok gambar aku hok semat2.. hehe