Wednesday, April 16, 2008

Dari meja Setiausaha Agung MARA Kumpel

Friedberg, Rabu 16 April 2008

Assalamu’alaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pada Ahad 6 April 2008 yang lepas, proses menyusun dokumen-dokumen untuk tuntutan yuran pengajian Sommersemester 2008 (Studienbeitrag SS 2008) telah dimulakan di Pejabat MARA Frankfurt (FfM).

Berikut adalah beberapa pengumuman daripada Encik Ruzlan Abd. Malek untuk disampaikan kepada semua pelajar-pelajar MARA Jerman.


Tuntutan Insurans 2007

MARA Kuala Lumpur (MARA HQ) telah pun mengesahkan bahawa tuntutan insurans 2007 bagi bandar-bandar berikut telah sampai ke KL.

  1. Regensburg
  2. Friedberg
  3. Nürnberg
  4. Kempten
  5. Schweinfurt
  6. Frankfurt
  7. Saarbrücken
  8. Bremen
  9. Augsburg

Diminta kepada ketua-ketua bandar yang lain supaya menghantar tuntutan bandar masing-masing secepat mungkin.


Tuntutan Yuran SS 2008

Tuntutan-tuntutan pelajar bandar-bandar berikut telah pun diperiksa di FfM dan dihantar ke MARA KL mulai Isnin 7 April 2008.

  1. Nürnberg (semua)
  2. Schweinfurt (semua)
  3. Mannheim (semua)
  4. Offenburg (semua)
  5. Krefeld (semua)
  6. Gelsenkirchen (kecuali 1)

Peringatan kepada para pelajar supaya menghantar dokumen-dokumen yang mengikut standard seperti tertulis dalam pengumuman sebelum ini daripada Setiausaha Agung.


Sekian untuk setakat ini. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Mohamad Hafiz Jaafar,
Setiausaha Agung MARA Kumpel 2008.

4 comments:

Anonymous said...

Sekadar ingin bertanya, yuran tertunggak WS2007/08, apa statusnya? bila paling awal bole dapat?ade orang follow up ke? ke sendri sendri kene follow up nih?

Anonymous said...

punye la lame 2gu, br sampai kt mara. hampeh tol. pakai kapal ke anta. ape ke lembab sgt.

oh my oh my said...

haha dan guna nama anonymous untuk memfire

Anonymous said...

a a kan...dah masa kutip hari tu ramai yg lembab nak hantar...nampaknya lambat la kita semua dpt