Sunday, November 23, 2008
Pemilihan AJK baru
Kepada ketua-ketua bandar sesi 07/08:
pemilihan ketua bandar baru bagi setiap bandar untuk sesi 08/09 perlulah diadakan selewat-lewat nya ahad ini. Kepada bandar yang telah selesai memilih ketua bandar yang baru di kehendaki menghantarkan senarai jawatan ke firdaus.said@gmail.com untuk di kemaskinikan.
Kepada ahli-ahli Mara-Kumpel:
pemilihan AJK baru untuk Mara-Kumpel sesi 08/09 akan dilangsungkan selepas semua bandar selesai memilih ketua bandar yang baru. Post pencalonan akan di keluarkan kemudian.
*Tarikh akhir untuk ketua bandar baru: 30 November 2008
Wednesday, October 29, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Futsal MGSS di Nürnberg 2008
Setiap pasukan akan terdiri daripada 7 pemain termasuk 2 simpanan. Sediakan senarai pemain dalam bentuk fail excel. Setiap pemain dikenakan bayaran penyertaan 2€. Pembayaran dibuat oleh ketua pasukan melalui transaksi ke akaun berikut:
Kontoinhaber : Ahmad Safwan Bin Mohd Ghazi
Kontonummer : 653554834
BLZ : 70020270
Verwendungszweck : futsal mgss , nama pasukan
Jumlah maksimum penyertaan adalah sebanyak 20 pasukan. Pendaftaran akan ditutup serta merta sekiranya jumlah maksimum penyertaan telah dicapai.
Monday, October 27, 2008
Warkah dari Ciap (lebih kurang warkah berlagu pilu)
Saudara Ciap telah mengirim satu perkhabaran untuk saudara-saudari yang tertanya-tanya mengenai jumlah wang yang perlu di bayar selepas tamat belajar nanti. Dengan ini dilampirkan maklumat yang telah di sediakan oleh saudara Ciap:
Pinjaman untuk 4 tahun: 10% dari RM 250000 = RM 25000
Pinjaman untuk semester tambahan: 25% dari RM 31000 = RM 8000
Jumlah = RM 33000
Di harapkan dengan maklumat ini terjawab la sudah segala teka-teki pembiayaan selepas tamat belajar di kepala saudara-saudari sekalian. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila hubungi saudara Ciap melalui Email di ahmadeffendyali@gmail.com
*Kiraan ini hanyalah contoh untuk pelajar yang telah tamat belajar di sini sahaja, pembiayaan semula ini akan bertambah di sebabkan oleh Studiengebühren dan lain-lain faktor.
*Saudara Ciap juga menyatakan, pembiayaan kembali ini tidaklah berubah mengikut result akhir pembelajaran seperti yang di gembar-gemburkan kerana ada rakan kita yang mendapat keputusan yang mantap tetap mengikut kiraan yang sama dan membayar semula pada kadar yang lebih kurang sama dengan pelajar yang mendapat keputusan yang agak kurang mantap. Maksud kata, fakta ini tidak boleh di gunakan.
*Nasihat akhir dari Saudara Ciap : Lek2luuu………rappelz lu……
Tuesday, October 21, 2008
GDO Nürnberg 2008
http://gdonuernberg08.blogspot.com/
Kerjasama saudari sekalian amat di hargai. Terima kasih.
Monday, October 20, 2008
Majlis Raya Augsburg
Tarikh : 25 Oktober 2008
Masa : 1000 - 1600 (Majlis bermula lebih kurang pukul 11)
Pakaian : Baju Tradisional / Raya (Bebas mengikut Agama dan Kepercayaan masing-masing)
*Pada hari majlis akan di adakan peraduan pakaian tercantik atau menarik. Sila bergaya.
*Di harapkan agar semua pelajar yang akan menyertai majlis dapat tiba sebelum majlis di mulakan. Kerjasama anda amat di hargai.
Pengangkutan dan lokasi
-Sila ambil Straßenbahn no. 3 Richtung Inninger Straße di Haltestelle Augsburg Hbf yang terletak di hadapan bangunan Hbf.
-Turun di Haltestelle FH/Friedhof, stesen ke-4 selepas stesen Hbf.
-Panduan ke Mensa.

Sebarang masalah, sila hubungi Wan Mohd Fauzan bin Wan Nawi di talian 01728237968.
Saturday, October 18, 2008
Duit Mara-Kumpel (Winter 2008)
Salam,
Sebagai menampung perbelanjaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti MARA-Kumpel untuk WS2008, kita sekali lagi akan menjalankan kutipan untuk tabung MARA-Kumpel. Seperti pada semester lepas anda diharap dapat mendermakan sejumlah 10€. Derma tersebut boleh disalurkan melalui ketua bandar masing-masing. Bagi bandar yang tidak mempunyai ketua bandar, derma tersebut boleh disalurkan terus kepada bendahari MARA-Kumpel melalui Überweisung dan jangan lupa meletakkan nama penuh dan bandar sebagai Verwendungszweck :
Kontonummer : 5157342
BLZ : 76070024
Verwendungszweck : Nama Penuh, Duit Mara Kumpel, Nama Bandar
Tiada paksaan dalam menderma. Sumbangan anda dapat menjamin kelancaran aktiviti MARA-Kumpel. Bagi yang sudi menyumbang jutaan terima kasih diucapkan. Pihak AJK MARA-Kumpel akan berusaha menyajikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anda.
Sekian terima kasih. Kerjasama anda amat di hargai
