- Hazirah
- Dayang
- Shahida
- Farah
- Tahir
- Kamal
- Joe
- Syafiq
- Buchuk
- Hakim
- Hatimi
- Cipeng
- Adhwa
Wakil Bayern MGSS
- Izzat Shahiman (Bejak)
Tarikh : 1 atau 3 januari 2009
Tempat: Nürnberg
Bilangan pemain sepasukan : 6 – 9 pemain
Jumlah pasukan : max 10
Acara ini terbuka kepada semua ahli Mara Kumpel yang membayar yuran keahlian untuk semester ini. Bagi yang belum membayar jangan risau, anda juga boleh turut serta. Hanya perlu bayar 10€ kepada bendahari saudari Intan Adilah dan anda layak untuk turut serta.
Penyertaan dijangka lebih ramai berbanding tahun lepas dan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Untuk menjamin kepuasan bermain, kita ada beberapa pilihan:
Sila berikan pendapat anda.
Anda boleh mula menubuhkan pasukan mengikut selera masing-masing tetapi digalakkan mengikut bandar. Sila daftarkan pasukan kepada Buchuk (firdaus.said@gmail.com) selewat-lewatnya 14.12.08. Sila berikan senarai pasukan untuk tujuan semakan bayaran keahlian.
“MAJULAH SUKAN UNTUK MARA KUMPEL“
Salam,
Sebagai menampung perbelanjaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti MARA-Kumpel untuk WS2008, kita sekali lagi akan menjalankan kutipan untuk tabung MARA-Kumpel. Seperti pada semester lepas anda diharap dapat mendermakan sejumlah 10€. Derma tersebut boleh disalurkan melalui ketua bandar masing-masing. Bagi bandar yang tidak mempunyai ketua bandar, derma tersebut boleh disalurkan terus kepada bendahari MARA-Kumpel melalui Überweisung dan jangan lupa meletakkan nama penuh dan bandar sebagai Verwendungszweck :
Kontonummer : 5157342
BLZ : 76070024
Verwendungszweck : Nama Penuh, Duit Mara Kumpel, Nama Bandar
Tiada paksaan dalam menderma. Sumbangan anda dapat menjamin kelancaran aktiviti MARA-Kumpel. Bagi yang sudi menyumbang jutaan terima kasih diucapkan. Pihak AJK MARA-Kumpel akan berusaha menyajikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anda.
Sekian terima kasih. Kerjasama anda amat di hargai
Bermula dengan tuntutan untuk Sommersemester 2008, semua pelajar dikehendaki menghantar semua maklumat dan dokumen-dokumen kepada ketua bandar masing-masing dalam tempoh 7 hari selepas arahan dikeluarkan oleh Pejabat MARA FfM (atau 10 hari – bergantung kepada arahan), dan ketua-ketua bandar akan menyusun kesemuanya sebelum dihantar ke FfM.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat bapa salah seorang daripada rakan kita yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amiin.
Dan marilah kita doakan supaya rakan kita ini tabah menghadapi ujian tersebut.
p/s: Kalau ada bandar-bandar yang buat majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena peperiksaan bolehlah buat majlis tahlil arwah sekali. (Nama Arwah: Mat Noor Awang kechil). Terima kasih. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa baik anda.